Powered By Blogger

Sabtu, 9 April 2011

Kalau lah detik itu boleh diulang.....

Nak tau detik apa??mesti la kejayaan yang diperolehi oleh skuad Team Waja Diri UNIMAS yang baru diadakan di UTeM Melaka...
kalau boleh diulang semula detikmitu alangkah bahagianya aku dan sahabat-sahabat ku yang lain..tak sia-sia usaha dan penat lelah yang ditempuhi...kami memperolehi serangan kaki emas,menangkis serangan kaki dan persembahan di atas papan sekeping dan bersenjata...aku memperolehi serangan kaki emas dan naib johan untuk persembahan di atas papan sekeping dan bersenjata...ini adalah kejayaan bersama sahabat-sahabat waja diri yang lain...juga tak lupa berkat doa dari mak n abah,jurulatih Cikgu Zainuri dan penyelia kami iautu abg Fadzly..
Nak ikutkan pada mulanya abah aku tak berapa suka aku join silat ni...katanya orang perempuan tak payah join aktiviti kasar2 sangat...tp,semangat aku nak join berkobar-kobar....nasib baik la mak faham kemahuan aku....lagi pun mak aku pernah join silat gak...rasanya silat sendeng agaknya...
namun setelah mak "slow talk" dengan abah...akhirnya aku dibenarkan join silat cekak pusaka Ustaz Hanafi ni dan aku diberi restu untuk mengikuti kejohanan waja diri Nasional 2011...

Ni la dia Skuad Waja diri UNIMAS satu-satu nya yang mewakili Sarawak

Semasa menjejakkan kaki ke Dewan pertndingan...MasyaAllah hati berdebar-debar...kata omputih Nervous.....rasanya yang lain pun mempunyai perasaan yang sama...namun berkat semangat Team yang ada pada masing-masing perasaan itu sekajap je...nasib baik partner kaki ku banyak membantu ku untuk membuang perasaan yang bukan-bukan,ingat usaha kita selama ni...terima kasih kak kay(nama glamer dia..hehe)..terima kasih juga kepada Sahabat2 waja diri yang lain Ayu,laila,eiya,Mira,Reza,kapten waja diri UNIMAS za'im @ Roy dan sokongan drpda mantan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS....especially Kak Hana

Aku dan Kak kay
(johan menangkis serangan kaki dan naib johan persembahan dia atas papan skeping dan bersenjata)


Ayu dan Laila
(johan menangkis serangan tongkat dan naib johan persembahan dia atasapan sekeping dan bersenjata)


Mira dan Eiya
(Naib Johan persembahan di atas papan sekeping dan bersenjata)

Reza dan Roy
(wlpn kalian tdk mmbwa apa2 pingat tp semangat kalian melebihi semangat sahabat2 yang lain,cma rezeki tdk berpihak kpd kalian kali ni)

Apa-apa pun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Skuad Team Waja Diri Unimas telah pergi dan pulang dengan selamat...tak lupa juga jutaan terima kasih kepada Rina setiausaha PSSCPUH yang penat lelah dn tangisannya telah banyak membantu dan berusaha supaya Skuad waja diri dpat menyertai pertandingan ni..tak lupa juga kak Long,Kak sob,Abg Nazrin yang telah memberi kritikan yang pedas tapi membina ketika kalian datang setiap hari jumaat..hehehehe..terima kasih juga yang tidak terhingga kepada cikgu dan abg Fadzly yang telah melatih aku dengan teknik tendangan yang betul sehinggakan aku yang kecil molek ni dapat memberi tendangan yang tinggi....ye la partner kaki aku tinggi...macam tak caye je kan...

bersama team waja diri,penyelia Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS dan mantan silat cekak
pusaka ustaz hanafi UNIMAS

D
i harap Skuad Team Waja Diri UNIMAS akan menempa kejayaan lagi di tahun hadapan..InsyaAllah




(Gambar adalah sumber daripada cik Ayu dan Abg Fadzly)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan