Powered By Blogger

Sabtu, 9 April 2011

Hilang nya sebuah harapan......


Adakalanya harapan dan impian yang kita harapkan tak semuanya akan menjadi kenyataan dan tak semuanya apa yang kita mahukan itu akan menjadi milik kita....sesungguhnya,kita tak kan selalunya bahagia...adakalanya derita juga pasti hadir ketika kita sedang menikmati kebahagiaan..
begitu juga aku...ketika bahagia menyelubungi hidupku tiba-tiba kesedihan itu hadir menutup segala kegembiraan itu................

kenangan itu selalu menerjah dalam kotak fkiran ku...adakalanya aku cuba membuang semuanya,namun aku tidak mampu kerana dia terlalu sempurna buatku.....

Lukman Danis...satu nama yang tidak akan lupakan sampai bila-bila...
dikala aku kesunyian,sedih dia sentiasa ada walaupun dia dan aku jaraknya seberang lautan..setiap panggilannya sentiasa aku tunggu..ketika aku menyiapkan tugasan aku,dia sanggup berbual ku melalui telefon berjam-jam lamanya....katanya"saya tak kisah kalau bil telefon saya mencecah 1000 dolar singapura,asalkan saya sentiasa menemani leya sampai leya tidur"..begitu terharunya aku....
pernah sekali,ketika dia sedang bercerita tentang satu kisah lawak dalam hidupnya,entah macamne aku tertidur....memang waktu itu aku mengantuk sangat-sangat,namun aku tahan sebab tak nak dia kecik hati...tetiba aku terjaga apabila telefon aku tiba-tiba berdering..rupa-rupanya dia mematikan handphonenya dan menelefon ku kembali...sangkaan nya aku tiada respons kerana talian terputus...pada waktu yang sama juga memang aku ketawa giler2 kerana kebodohan aku tak nak bg tau dia aku ngantuk sangat2....sampai sekarang dia tak tahu....nak diikutkan cerita lawak yang dia nak ceritakan kat aku tu memang lawak...ngantuk punye pasal aku pun wat derk je la...kenangan tu juga takka aku lupakan.....dan kenangan itu juga la yang akan membuat aku tersenyum sendirian..

dan setiap hari dia akan menelefon aku...dan setiap hari juga aku mendengar celotehnya yang membuatku adakalanya bosan...tp,aku tak kisah kerana hati aku hanya untuk dia...dan kerana celotehnya juga memberi kesedaran buatku tentang hakikat sebuah kehidupan....
dia juga menjadi sumber inspirasi aku adakalanya aku mengalami kesulitan di dalam mencari sebuah penyelesaian.....

sehinggalah suatu hari aku menjadi sangat pelik bila 3 hari dia tak menghubungiku...dan dari situ aku memikirkan perkara yang negatif tentang dirinya...sehinggalah pada malam itu..aku menerima satu khabar berita bahawa dia di Hospital...tak silap aku nama hospital tu Gleneagle hospital di singapore....dia pengsan ketika bekerja...staf dia yang membawa nya ke hospital...baru aku tahu sebenarnya dia sakit,dah tahap kritikal..patutla sebelum sakit tu lemah je suaranya....hanya Allah yang tahu betapa sedih dan kalutnya perasaan aku ketika itu...ayahnya bertanya samaada aku ingin melawatnya,dan dia akan support tiket penerbangan...namun agak mustahil ketika itu kerana tugasan final project ku dan ketika suasana minggu peperiksaan...mana mungkin....,aku hanya mampu berdoa supaya penderitaannya dikurangkan...sehinggalah aku mendapat satu pesanan ringkas(sms) daripadanya menyatakan bahawa he miss me so much.....sangkaan aku dia dah sembuh...tp sebenarnya itu lah mesej terakhir yang aku dapat daripadanya dan hadiah terakhir yang aku perolehi daripadanya,yang diposkan kealamat fakulti aku iaitu Pooh yang comel yang aku namakan nya sebagai Danis...dan sekeping poskad yang masih aku simpan sampai ke hari ini....
sesungguhnya aku masih merinduinya dan sehingga ke hari ini juga aku masih menyangka dia masih bernafas dan sehingga ke hari ini aku masih mendengar lagu kegemarannya yang sentiasa dia mainkan ketika dia berbual denganku... "salju di danau rindu"
sebenarnya banyak kenangan aku dan dia yang ingin aku ceritakan...tapi,biarlah sampai sini aku mencoretkan kisah ku ini...dan ketahuila juga bahawa............

Aku rindukan waktu itu...
Aku rindukan gelak tawanya,ketika dia mendengar celotehku yang membuatnya gembira...
Aku rindukan suara nya ketika dia berbicara dan bercerita dengan ku...
Aku rindukan nasihatnya ketika aku sedang mengalami kesulitan...
namun aku redha kerana tak semua perakara itu akan menjadi milik kita....dan juga tak semua yang kita miliki itu kekal.....dan aku juga akan menyusulnya kemudian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan