Powered By Blogger

Ahad, 17 April 2011

Aku dan cerita soal jodoh




bila difikir soal pasangan hidup..mesti kita tertanya-tanya siapakah "dia"..kalau perempuan"tulang rusuk siapakah yang telah diambil untuk mencipta diri ku" dan kalau dia lelaki"siapakah gerangan wanita yang telah diciptakan untukku "....yang ini bagi insan yang hatinya masih belum dimiliki..yang sudah dimiliki tu tak payah nak fikir...fikir je la macam ne nak bahagiakan teman hidup..

tak payah la nak fikir atau risau samaada jodoh kita lambat atau cepat..itu semua urusan tuhan...cuba kita kaji semula kenapa?jika nak diikutkan sebanarnya soal jodoh ni adalah satu hal yang sangat unik jika difikirkan kembali...kenapa jodoh kita cepat?kenapa jodoh kita lambat?kenapa perkara ini dan itu berlaku? semuanya de sebab nya....tak payah la kita nak jealous atau terasa hati kenapa orang yang kita kenal,jodohnya sampai dulu...itu dah takdir yang telah ditentukan oleh-Nya...takdir kita belum tahu lagi....pe2 pun bersabar dan berusaha itu sangat penting...jangan risau...Allah itu maha-mengetahui dan dia tidak mengecewakan hamba-hambanya...dia sndiri lebih mengetahui fitrah hamba-hamba-Nya..pe yang penting..berdoa,usaha dan tawakal...ditambah kan lagi dengan solat-solat sunat...InsyaAllah akan dimakbulkan.....lambat atau cepat...
ni ada antara sebab2 kenapa jodoh kita terasa lambat sangat..hasil daripada kajian motivator terkenal,yang saya pernah baca... yang pertama
  1. Doa tidak makbul - ha...kenapa doa kita tidak makbul...cuba kita kaji balik kenapa...bersungguh ke kita doa tu....nak diikutkan mesti la bersungguh2 kan...tengok balik kenapa...cuba fikir..bersih tak hati kita ketika berdoa...de perkara yang belum sempurna dan belum ditunaikan lagi....hati yang kotor bermakna kita masih lagi memiliki perasaan benci atau sakit hati dengan seseorang.....

  2. Restu ibu bapa belum sepenuhnya-ye la...cuba kita tanya balik kat orang tua kita terutama ibu kita adakah dia benar-benar telah memberi restu sepenuhnya kepada kita...yakni merelakan untuk melepaskan anak yang dikasihi...sesungguhnya restu mereka amat la penting dalam mengejar kebahagiaan yang didimpikan....kadang2 tu..nampak mcm restu tp,hati masih lagi berbelah bagi..ye la mak ayah mananak tengok anak nya tak bahagia kan..semuanya bagi mereka mesti yang terbaik....

  3. Tiada daya penarik-ha....ni juga sangat penting...kita mesti la ada daya penarik untuk menarik supaya pasangan kita tertarik dengan diri kita,ye la,macam magnet...salah satu caranya dengan membersihkan hati kita dari sebarang kekotoran...caranya membersihkan hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna...selain itu banyakkan berzikir,witir,solat-solat sunat..dan memafkan orang yang pernah melukakan hati atau menyakiti hati...maaf kan je...tak rugi pun...malah kita akan lebih tenang..pastikan berikan kemaafan dengan penuh keikhlasan....penampilan diri juga adalah salah satu daya penarik tau...jangan la pengotor sangat...benda ni simple je lau difikirkan...

  4. Belum benar-benar bersedia-tu la..kadang-kadang tu..hati memang teringin nak kahwin tapi,dah betul2 bersedia ke?bila dah melayari alam rumahtangga ni banyak tanggungjawab yang perlu kita perlu pikul..bukan tau nak seronok je..."eeii best nye lau dah kawin" hello!! tak semudah itu ok...senang betul ye kahwin lau mcm tu...aku bagi contoh ye..pasangan yang mengambil anak angkat kerana masih lagi belum dikurniakan zuriat lagi..dalam hal sebegini sudah tentunya pasangan tersebut merasakan mereka sudah menjadi ayah dan ibu..dan dengan takdir Allah pasangan itu dikurniakan zuriat sendiri kerana mereka memang benar2 sudah bersedia...dalam erti kata lain..kita ni betul ke sudah benar2 bersedia nak jadi suami atau isteri....fikir-fikirkan

  5. Usaha belum sempurna-dalam hal ni...aku sendiri pun tak berapa jelas macam nak menjelaskan..lupe pe yang prnah aku baca....pe yang aku ingat la...usaha itu perlu diteruskan dan jangan putus asa atau patah semangat...usaha la sampai kau bertemu dengan jodoh kau sendiri...InsyaAllah,usaha yang berterusan pasti akan menampakkan hasil yang kita inginkan...InsyaAllah...

  6. Faktor metafizikal-ni yang terakhirla..penat aku menaip..maksudnye disini..ilmu kebomohan..atau lebih dikenali sebagai"pawwang"orang..hehe...adakalanya,diri kita ni telah di"guna-guna"kan samaada secara sedar atau tidak sedar...ilmu sihir ni tak dapat dirungkaikan atau dijelaskan dngan ilmu saintifik kerana benda ni sangat halus dan sangat diskrit,yang tak tercapai oleh akal...benda ni kita harus percaya kerana sihir ni dah berlaku sejak zaman jahilliyah lagi...ye la ilmu syaitan nirrojim memang macam ni...suke beno nak menyesatkan anak-anak Adam...ye la..Syaitan ni mana pernah mungkir janji..tapi tu la yang peliknya..sifat syaitan yang tak pernah mungkir janji ni la manusia tak nak ikut..yang buruk plak diikutnye...pe2 pun permasalahan mengenai ni...cari la jalan untuk melindungi diri kita daripada terkena lmu sihir ni....dan pulihkan diri kita dengan cara yang munasabah untuk mengatasi masalah lambat dapat jodoh ni.....
hal macam ni sebanarnya dapat diatasi dengan akal fikiran yang logik...yang selebihnya berserah kepada Allah...Usaha,doa dan tawakal..semoga pe yang disampaikan mendapat kebaikan buat aku dan juga teman-teman,kerana aku juga masih tertanya-tanya"siapakah tuan yang empunya tulang rusuk yang ada pada aku ni,akan ku jaga dengan sebaiknya"...InsyaAllah

disini aku sertakan doa pendekat jodoh untuk korang amalkan.....



Aleeya Aziz88


1 ulasan:

  1. leeya cyunk...
    hehehe...jumpe gak ngan blog ko...hehe..
    aku dh follow ko dh...t jgn lupe my blog aku k...

    http://zyanagebu88.blogspot.com/

    k daa...

    BalasPadam