Powered By Blogger

Rabu, 13 April 2011

Aku dan Bumi Kenyalang....


Bila nak menceritakan pengalaman aku kat Bumi kenyalang ni sangat banyak pengalaman aku dari aku first menjejakkan kaki aku disini sampai la sekarang..tak le lama mana...de la dah dekat 3 tahun aku disini...InsyaAllah,aku de lagi setahun kat sini...2012 InsyaAllah habis la...doa2 kan la ye....lau boleh nak habis awal....

Nak ikut first dalam sejarah la aku berdikari sendiri tanpa ditemani mak n abah di sisi...kalau pergi mana-mana mesti ngan dorang...nampak macam aku anak manja kan...memang ye..tapi aku juga da prinsip ingin berdikari sendiri tanpa dorang,...ye la sampai bila kan kita nak hidup dibawah ketiak dorang je kan.....tapi walaubagaimanapun satu je bagi aku amat penting sekali...R.E.S.T.U..restu mereka amat penting buat aku walau apa pun yang ingin aku lakukan...kerana aku masih lagi di bawah tanggungjawab mereka selagi aku masih belum lagi bergelar isteri orang....

First Time aku menjejakkan kaki ke bumi kenyalang ni ketika aku menerima tawaran belajar di sini...bayang kan lah..seorang perempuan yang pergi kemana bersama mak n abah di sisi tiba-tiba kene pergi sensorang..yang peliknya aku tak de rasa takut pun cuma nervous skit...mungkin semangat mak n abah aku ade dalam hati aku kot dan doa mereka yang menjadi aku supaya menjadi aku seorang perempuan yang berhati kental dan bersifat berani..yang aku tahu pada masa itu semua urusan aku kat sana berjalan dengan lancar..aku bersyukur..di saat aku memerlukan seseorang untuk membantuku,aku ditemukan dengan seorang pakcik yang baik yang sudi menolong aku..sehingga la aku sampai ke airport kuching je....

bayang kan la...sampai je kat UNIMAS dengan menaiki teksi,aku sensorang je yang terpaksa berurusan sendiri di pejabat kolej untuk mendapatkan tempat penginapan...mujurla pada waktu itu aku dibantu oleh beberapa orang senior ni..dan aku pun menetap di bilik mereka...aku sekali lagi bertemu dengan hamba Allah yang baik hati.....dan salah seorang senior yang tinggal 1 rumah dengan aku u juga telah membantu ku dalam urusan pendaftaran sebagai student baru di situ...baik sungguh hatinya,hanya Allah yang dapat membalas budi baik nya.....

dan beberapa kenangan manis dan pahit dan banyak nya cabaran dan dugaan aku tempuh sepanjang aku bergelar student unimas..namun itu tidak mematah kan semangat aku untuk terus maju ke hadapan sebagai anak sulung dalam keluarga....kerana di hadapan,belakang kanan dan kiri ada nya mak dan abah..bagaikan mereka di sisi aku....di samping Allah yang sentiasa disisi hambanya....

dan di bumi kenyalang ini jugala menjadi tempat pertama untuk aku berdikari dan berusaha sendiri.....sebenarnya nak diikutkan dari zaman sekolah lagi aku tak duduk dengan mak n abah kerana aku ditempatkan di asrama..namun begitu masih tidak cukup lagi untuk aku digelarkan seorang yang berdikari kerana setiap minggu mak n abah pasti akan melawat aku di situ.....

kadang-kadang aku terfikir betapa beruntung nya aku dapat menjejak kan kaki disini..kalau tak dengan cara ni..bila lagi kan..member2 aku yang kat semenanjung ne dapat pergi melain kan lau de rezeki melancong kat sini kan....bila aku balik mesti dorang kata..."best la ko leya dapat naik belon gi sarawak"elleh...kalau korang jadi aku pasti korang akan jemu...pe yang bestnye nengok awan...tak pun cuci mata nengok pramugara yang hensem.....tapi bukan dapat pun....hehe

sebenarnya..lagi jauh kita pergi tanpa sesiapa yang tersayang di sisi..semakin banyak la erti kehidupan yang kita tempuhi...dan semua itu berlaku pada diriku...segala-galanya sendiri....bagi aku itu la pengalaman manis buat aku...satu pengalaman yang tak mungkin kita dapat selagi kita tidak mencarinya..(betul ke pe yang aku kata ni..hehe)pe2 je lakan walaupun nampak merapu...

k la kalau nak diceritakan panjang lagi...sambungannya tunggu la aku habis study kat UNIMAS ku gemilang ni...


Aleeya Aziz88


Tiada ulasan:

Catat Ulasan