Powered By Blogger

Rabu, 27 April 2011

Aku,engkau dan kisah tentang iman

Assalamualaikum pembuka bicara dari luahan hati...

sekali lagi jari jemari ku mula menari-nari dia atas sekeping keyboard lappy milik ku...entah kenapa sejak akhir-akhir ini gemar sangat aku memuntahkan segala gejolak hati yang sering bermain di fikiran ku..bukan apa...sahaja aku ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati supaya hati aku tidak tehempap oleh beban-beban masalah yang menjadi mainan kehidupan...selepas solat asar tadi tiba-tiba aku terfikir,di saat aku dan engkau meniti usia di akhir zaman ini bersediakah aku atau engkau sekiranya janji Allah itu datang iaitu hari pembalasan...pelbagai artikel dan khabar mengtakan hari kiamat akan muncul tak lama lagi...namun apa yang aku dan engkau lihat,khabar itu hanya sekadar di angin lalu...seolah-olah aku dan engkau tidak mengendakan perkhabaran itu..tahukah aku dan engkau bahawa janji Allah itu akan muncul bila-bila masa...??

sudah terang lagi bersuluh pelbagai petanda sudah wujud di celah-celah kehidupan aku dan engkau..seolah-olah tidak ambil peduli...nampak sangat aku dan engkau masih leka dengan halawatul dunia yang sebenarnya telah membutakan mata,memekak kan telinga,melalaikan akal supaya meneruskan keseronakan yang hanya sementara ini..sedangkan halawatul iman aku dan engkau tergadai dan terbiar begitu sahaja,walaupun hanya memandangnya dengan secalit simpati..kejamnya aku dan engkau ini.....

tahukah,aku dan engkau sebenarnya masih lagi berenang-renang dengan gembiranya di atas keseronokan dunia ini..tanpa memikirkan betapa seronok nya di syurga nanti,iaitu janji Allah untuk hamba yang selalu mentaatinya...kenapa aku dan engkau masih lagi tidak sedar tentang hakikat ini...tahukan aku dan engkau bilakah aku dan engkau dijemput oleh-Nya..??aku dan engkau masih lagi memandang remeh dalam hal ini...tahukan aku dan engkau bagaimana keadaan samada aku atau engkau nanti......

Tidak berani aku mengatakan bahawa bekalan aku di akhirat sudah cukup sedangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan melebihi pahala yang aku buat,Ah!!rasanya pahala aku agaknya boleh dikira..bagaimana dengan engkau??adakah engkau fikir bahawa bekalan engkau sudah mencukupi...kalau sudah bagus lah...kalau belum bilakah masanya kah engkau rasa akan mencukupi....???aku dan engkau juga tidak tahu...........

entah kenapa ye..seronok rasanya bila aku dan engkau berbuat dosa tanpa memikirkan apa yang kita buat itu adalah salah,kalau dosa itu kecil sudah tentu tidak disengajakan,bagaimana pula dengan dosa besar??adakah juga dikategorikan tidak sengaja....

aku menaip ini kerana aku sentiasa dibayangi bayang-bayang resah dan ketakutan,namun adakalanya titik noda hitam yang ada pada hati ini sering menutupi rasa resah dan takut itu..dan sekali lagi dosa dilakukan untuk menambahkan lagi noda hitam pada hati....Astagfirullahalazim..aku hanyut dalam pelukan keseronakan dunia rupanya yang begitu asyik melekakan ku.........dan aku juga tahu engkau juga begitu.....melainkan engkau tidak pernah berbuat dosa

Aku tahu hati ini amat merindui iman ku kerana hati adalah teman kepada iman...tapi aku yang telah menzalimi hati ini kerana menjauhi hati daripada iman dengan memenjarakan hati dengan noda-noda hitam yang telah menyakitinya..

ingatlah aku dan engkau iman itu kemudi bagi hati..membawa hati bertemu dengan sang pengasih..pertemuan yang agung yang tiada tandingannya. itu lah yang diusahakan oleh kekasih-Nya yang Agung..dan ingat la jua
Apabila jalan di depan kita dan engkau digelapi kelam mendung sedangkan tiada disisi sudi untuk menemani mu,cari lah jalan yang lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup aku dan engkau..jangan fikir engkau bersendirian


Aleeya_Aziz88



Tiada ulasan:

Catat Ulasan